Salam, maaf sbb internet kat rmh problem sikit.
Tentang program Qiamulail di masjid Sg Sekamat dirasakan agak berjaya kerana jamaah yang terlibat dlm Qiam yg bermula jam 4.30am disertai oleh lebih daripada 70 orang. Manakala Kuliah subuh yg dipimpin oleh Ust Musa berjaya menarik jamaah hingga hampir ke 100 orang.
Majlis dimulakan jam 12 mlm lagi di mana terdapat 10 orang yg sedang bertadarus, solat dan ada yang telah tidur dan beriktikaf. YB Dr. Che Rosli sampai jam 4.15am. Tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ketua Tarbiyah PKHL tentang kelebihan Qiamulail. Tepat jam 4.35 am Solat Tasbih telah dimulakan dan dipimpin oleh YB sendiri. Hampir 30-40 minit dan selepas itu di selang seli dengan zikir munajat. Saya pun jarang buat solat Tasbih. Rasa nak tumbang pun ada jugak. Tapi apabila melihat YB yang berusia 60 tahun masih kuat & mampu buat kenapa saya tak boleh. Tahniahlah YB.
Ust Musa terlewat sedikit mungkin agak keletihan kierana pindah rumah. Alhamdulillah Ust Zul ada & sanggup memikul tanggungjawab & pimpin Solat Taubat & Hajat. Akhirnya Solat Witir dipimpin semula oleh YB Dr. Begitulah kerjasama padu daripada ahli Gerakan Islam yg memahami peranan masing2 dlm melayari Bhater ini.
Kuliah Subuh selama sejam. Ust berjaya menyentuh hati sanubari Tuan Imam & AJK Masjidntuk mengadakan Kuliah pada masa yg akan datang. InsyaAllah 16 Mac ini Masjid Sg Sekamat akan didatang oleh Dr. Riduan Mat Noor. ( EXCO DPPP) utk menyampaikan kuliah magrib. Program Ke 4 ini merupakan satu dorongan untuk buat Qioam kali ke 5 pula pada akhir Bulan Mac ini. Harapan agar Ahli Di Dusun Tua bersedia ya.
Bjumpa pada 10 Mac bersama kuliah Haraki Ust Zul di Pej PKHL.
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)