Salam Perjuangannansuci.
Hampir 3 bulan blog ni sunyi tanpa berita. Pertamanya krn kehilangan laptop semasa hantar anak ke HUKM. Dalam waktu yg sama kelemahan diri ini juga merupakan faktor penting gak. Maklumlah jiwa yang belum mantap ni apabila ada ujian maka "tertewas" juga. Namun Allah masih memberi peluaang untuk diri ini teruskan perjuanganansuci kerana keredhaan Allah merupakan tujuan utama hidup ini.
Alhamdulillah, beberapa kemelut dalam Gerakan Islam terungkailah sudah. Lega rasanya hati ini. Kita ditarbiyah agar terima arahan pimpinan. so pesan saya pada semua ahli2 Gerakan Islam agar dapat mematuhi arahan pimpinan walaupun mungkin ianya bertentangan dgn pendapat kita.
Manik Urai akan menjadi titik tolak bahawa Gerakan Islam PAS boleh mencalonkan sesiap sahaja sebagai calon asalkan Keredhaan Allah yang kita cari. Sumbangan kita kepada masyarakat akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yg kita lakukan. Kita tingkatkan munajat pada Allah agar kemenangan di dunia & akhirat akan menjadi milik kita. Amin. Takbir ALLAHU AKBAR.
Monday, July 6, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Qiam4
Salam, maaf sbb internet kat rmh problem sikit.
Tentang program Qiamulail di masjid Sg Sekamat dirasakan agak berjaya kerana jamaah yang terlibat dlm Qiam yg bermula jam 4.30am disertai oleh lebih daripada 70 orang. Manakala Kuliah subuh yg dipimpin oleh Ust Musa berjaya menarik jamaah hingga hampir ke 100 orang.
Majlis dimulakan jam 12 mlm lagi di mana terdapat 10 orang yg sedang bertadarus, solat dan ada yang telah tidur dan beriktikaf. YB Dr. Che Rosli sampai jam 4.15am. Tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ketua Tarbiyah PKHL tentang kelebihan Qiamulail. Tepat jam 4.35 am Solat Tasbih telah dimulakan dan dipimpin oleh YB sendiri. Hampir 30-40 minit dan selepas itu di selang seli dengan zikir munajat. Saya pun jarang buat solat Tasbih. Rasa nak tumbang pun ada jugak. Tapi apabila melihat YB yang berusia 60 tahun masih kuat & mampu buat kenapa saya tak boleh. Tahniahlah YB.
Ust Musa terlewat sedikit mungkin agak keletihan kierana pindah rumah. Alhamdulillah Ust Zul ada & sanggup memikul tanggungjawab & pimpin Solat Taubat & Hajat. Akhirnya Solat Witir dipimpin semula oleh YB Dr. Begitulah kerjasama padu daripada ahli Gerakan Islam yg memahami peranan masing2 dlm melayari Bhater ini.
Kuliah Subuh selama sejam. Ust berjaya menyentuh hati sanubari Tuan Imam & AJK Masjidntuk mengadakan Kuliah pada masa yg akan datang. InsyaAllah 16 Mac ini Masjid Sg Sekamat akan didatang oleh Dr. Riduan Mat Noor. ( EXCO DPPP) utk menyampaikan kuliah magrib. Program Ke 4 ini merupakan satu dorongan untuk buat Qioam kali ke 5 pula pada akhir Bulan Mac ini. Harapan agar Ahli Di Dusun Tua bersedia ya.
Bjumpa pada 10 Mac bersama kuliah Haraki Ust Zul di Pej PKHL.

Monday, February 23, 2009
Program Tarbiyah _ Febuary 09
Salam Tarbiyah & Salam Perjuangan.
Program Tarbiyah pada minggu ini.
1. Usrah Qiadi/Pimpinan PKHL Tarikh 25 Feb 09 Isyak bersama di rumah YB Dr. Che Rosli B. Che Mat. Topic perbincangan Hadis ke 18 ( YDP ), Risalah & Iktibar Hunain ( TYDP @ NYDP ) dan Bahtera Penyelamat m/s 35-37 oleh saudara Zulkifli. Moga kalian yang telah diamanahkan bersedia & ajk lain diminta study sikit agar dapat dibuat rumusan yang lebih bermakna untuk kita sebagai ahli dalam Gerakan Islam. Tahniah kepada YB Dr. Che Rosli yang begitu Komited dalam semua program Tarbiyah. Moga Allah merahmati & meredhai segala usaha YB serta Allah mengampunkan dosa-dosa YB. Dalam suasana yang agak sibuk namun YB tak pernah missed dalam program Tarbiyah sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan Usrah, Kuliah Haraki & meminpin sendiri Program Qiamulail adalah membuktikan yang YB telah dianugerahkan "Kemanisan Imam" dalam perjuangan Islam ini.
2. Qiamulail ke 4 di masjid Sg sekamat pada 1 Mac 2009 jam 4.30 pagi. Mula dengan Solat tasbih ( pimpinan YB ) dan akan di selangseli dengan Solat Tahajjud, solat Hajat & Solat Taubat dan zikir munajat pimpinan Ust Musa. Selepas solat Subuh maka akan diadakan Kuliah Subuh. Semoga Allah memilih kita utk bersama2 berqiamulai pada masa tersebut.

Tamrin Nuqaba'
Salam Tarbiyah & Salam Perjuangan untuk semua Ahli Gerakan Islam.
Sebenarnya ana baru saje nak mula belajar2 membuat blog. So sebarang kekurangan harap dimaafi & mendapat keampunan & Redha Ilahi. JazakalLahu Kathira kepada ananda Husnaa yang membantu walid dalam kerja-kerja Jamaah & moga mendapat Rahmat Ilahi serta menjadi anak yang solehah. Amin.
Sebagai Pembuka bicara, Semalam pada 22 Feb 09, PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS ) Kawasan Hulu Langat ( HL )telah menghantar seramai 12 orang peserta ke Program Tamrin Nuqaba peringkat Negeri Selangor. Moga Allah merahmati & terus mengnugerahkan Hidayah kepada sahabat-sahabat yang banyak telah membantu ana dalam kerja-kerja Tarbiyah di HL ini. Terutama Hj. Othman, Hj Wan Yunus, Hj Isa, Sdr Hamid, Ust. Musa, Sdr Al hafiz. Tidak lupa kepada wakil DPPKHL yang diketuai oleh Sdr Mat Shah, Sdr Borhan dan saudara Anas. Tidak ketinggalan kepada wakil DPPKHL iaitu Ustzh. Halimah Zaharah & ustzh.
Begitulah adat orang berjuang. Dah memerintah Negeri Selangor pun masih lagi diuji dengan gangguan dari musuh-musuh Allah yang berselindung di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Segala persiapan yang telah dibuat semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja. Tak pelah asalkan amanah Allah terlaksana. Kita tak perlu marahkan musuh-musuh Allah tu kerana memang kerja mereka begitu. Lupakanlah ...
Menariknya Program Tamrin Nuqaba kali ini berjaya mengumpulkan lebih daripafa 200 peserta. Makananpun tak cukup & terpaksa urusetia mencari kat luar. Tahniah Lujnah Tarbiyah DMPNS kerana telah mengerahkan seluruh tentera DMPNS turun dalam program ini termasuk Ketuanya Hjh Wan hasrina. Malahan bilangan Muslimat mengatasi kehadiran Muslimin. Cuma wakil DPPNS tak nampak sangat. Mungkin banyak program kot.
Amat menarik penjelasan daripada Ust Yusainie yang menyatakan kalau hanya berpolitik tetapi meninggalkan Tarbiyah (khususnya Usrah ) maka CACATLAH Ahli Gerakan Islam itu. Begitu juga sekiranya hanya bertarbiyah dan meninggalkan Politik maka CACAT jugalah Ahli Gerakan Islam itu. So, pastikan semua ahli2 Gerakan Islam agar teruskan agenda perjuangan kita dengan mengabungkan unsur-unsur Tarbiyah, Dakwah & Politik secara serentak. Ingat bahawa PAS bukan parti politik semata-mata. Penerangan tentang Ciri-ciri Naqib yang berkaliber ( mendapat petunjuk Ilahi ) begitu mantap & dapat hidup dalam jiwa para Daei. Penulis cuba untuk download pada masa akan datang untuk tatapan para pembaca sekalian.
Salah seorang pembentang kerja begitu sebak & menangis tatkala teringatkan kerja-kerja Tarbiyah yang masih belum selesai & lebih-lebih lagi Tarbiyah untuk anak-anak kita para remaja yang terbiar. Jelas terbayang di wajahnya kesedihan yang amat sangat dan menyentuh hati sanubari para peserta. Sekiranya kita masih & terus lalai dengan kerja-kerja Tarbiyah ini sudah pasti hancurlah masa depan umat Islam tanpa pembelaan yang wajar.
Rasanya penulis bhenti sekejap sebab masa sekarang untuk anak-anak yang kecil tu nak jalan2 kejap. Lagipun nak berbuka puasa bersama anak2 & isteri yang turut berpuasa pada hari ini. Semuanya merupakan satu proses pentarbiyahan dari Allah moga kami semua termasuk di kalangan hambaNya yang diredhai di dunia & di akhirat.

Saturday, February 21, 2009
BUATMU PEJUANG ISLAM
Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:
1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka
yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit
itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang
mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu
adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi
penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi
akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah
oleh Allah.
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang
yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang
dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu
menerima petunjuk" (Al-Qashash: 56)
"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah
untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya
(tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut: 6)
2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk
menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan
Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa
mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran: 141)
"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman
dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk
(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan
memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah
memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana
itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman
dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran: 179)
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami
mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan
agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)
"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan
bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya
kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan
yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)
3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas
kemudahan.
"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu),
maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-
mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang
mereka katakan)," (Asy-Syu'araa' :15)
4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar
dan kembali kepada Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was
dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka
melihat kesalahan-kesalahan nya. Dan teman-teman mereka(orang- orang
kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan
mereka tidak henti-hentinya( menyesatkan) " (Al-A'raaf:201- 202)
*sama-sama tajdidkan niat n sikap.

TAQWA BENDA DALAMAN
Dalam kehidupan, kita perlu ingat bahawa benda-benda lahir itu syariat.
Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit.
Kalau kulit saja yang ada, tidak ada isinya maka ia tidak ada arti
apa-apa.
Contohnya, kalau kita beli buah, kita hendakkan isinya.
Katakan kita beli ubi kayu, tentu ada kulitnya.
Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang penting ialah isinya.
Dalam Islam ada kulit, ada isi.
ulit dan isi kena dipertahankan, tetapi keutamaan adalah pada isi.
Syariat itu adalah rangka.
Kalau rangka saja yang ada, tidak bernyawa, tidak ada roh, maka tidak
ada arti apa-apa.
Sebab itu dalam ajaran Islam, makan bangkai itu haram.
Sebab makan satu benda yang asalnya sudah tidak ada nyawa.
Yang halal itu waktu ada nyawa dan disembelih.
Kalau makan kambing yang sudah tidak bernyawa walaupun elok lagi
dagingnya, haram hukumnya.
Itu sindiran Tuhan.
Kita contohkan dalam ibadah asas, macam sembahyang.
Rukuk, sujud dan bacaan-bacaan itu rangka.
Kalau hanya badan saja yang rukuk, tetapi hati tidak rukuk artinya
kita hanya bawa rangka.
Kita hanya bawa rangka yang dalamnya bolong.
Kalau badan saja yang sujud, hati tidak sujud, artinya rangka saja
yang sujud.
Sebab itu kadang-kadang dalam meniti di atas syariat pun, dalam
melaksanakan ibadah fardhu pun, kita tidak dapat menambah taqwa.
Padahal itu ibadah asas.
Kalau kita bawa rangka saja atau kulit saja tetapi tidak membawa roh
atau isinya maka ibadah seperti itu tidak akan menambah taqwa.
Taqwa kebanyakannya adalah benda dalaman.
Ia bersifat rohaniah, paling tidak ia bersifat maknawiyah.
Kalau tidak ada rohaniah, walaupun ibadah cantik, walaupun ia jadi
bualan orang sekampung, namun ia hanya bangkai.
Sembahyang bangkai, haji bangkai, perjuangan bangkai, pendidikan
bangkai, jemaah bangkai, ekonomi bangkai dan kebudayaan pun bangkai.
Ianya tidak bernyawa dan tidak bernilai di sisi Tuhan.
Padahal itu syariat, namun kalau tidak ada rohnya, ia tidak bisa
menambah taqwa.
Apa kata orang? Hebat orang ini, hebat Islam orang ini.
Macam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada.
Manusia melihat syariatnya dibuat, yang sunat pun dibuat.
Satu negara kata orang ini hebat, orang ini kuat syariat.
Itulah yang kita lihat, tetapi dalamnya kosong, tidak ada isinya.
Maka ibadah yang dibuat orang itu ialah ibadah bangkai.
Manusia lain tidak bisa objek dan tidak bisa komen sebab lahirnya cantik.
Tetapi Tuhan pandang yang dalam.
Katalah kita hendak membangunkan ekonomi.
Tuhan kata bangunkan ekonomi untuk menambah taqwa.
Tetapi kita nampak untung. Belum berniaga lagi, di depan kita
untung.
Mengapa nampak untung bukan taqwa? Sedangkan berniaga bertujuan untuk
menambah taqwa.
Mengapa kita berniaga hendak menambah untung.
Ini salah. Patut kita berniaga niat untuk menambah sifat taqwa.
Di setiap perniagaan tambah sedikit sifat taqwa.
Kemudian tambah di kebudayaan sedikit, di klinik sedikit, di sekolah
sedikit, campur-campur maka banyaklah jumlahnya.
Jadi sifat taqwa itu banyak berkaitan dengan hal-hal dalaman.
Soal syariat lahir hanya 10%, yang dalaman 90%. Senangkah kita hendak
berniaga?
Hendak bagi nyawa kepada perniagaan kita supaya ia tidak menjadi
minimarket bangkai, supermarket bangkai atau hypermarket bangkai.
Bukan senang hendak bagi roh pada perniagaan.
Bila dikatakan roh, semua yang terlibat dengan perniagaan tersebut
daripada pemimpin-pemimpinny a, pengurus-pengurusny a,
petugas-petugasnya, fikiran dan hati-hati mereka mesti sama dan selari.
Semua hati-hati orang yang terlibat mesti berkata bahwa buka kedai itu
untuk berkhidmat, bukan untuk
untung.
Moga-moga dari situlah kita dapat menarik orang kepada Islam.
Kita dapat berkasih sayang. Kita diterima oleh pelanggan-pelanggan ,
dapat menolong orang, dapat memberi kemudahan-kemudahan kepada orang.
Itu rohnya yang bertapak di hati.
Kalau itu yang kita maksudkan dan niatkan, rugi pun seronok.
Sebab sampai matlamat dan dapat sifat taqwa.
Kalau untung, alhamdulillah. Di dunia lagi sudah dapat balasan.
Di Akhirat akan dapat balasan lagi. Itu yang sebenar.

MENGUSAHAKAN TAQWA
Mengamalkan Islam yang lahir itu, seperti sembahyang fardhu dan sunat,
puasa, zakat, baca Quran, wirid dan zikir, tujuannya supaya kita
menjadi orang bertaqwa. Namun kalau kita bisa beribadah seperti itu
dua puluh empat jam sehari pun, yang kita akan dapat dari usaha itu
hanya 10% saja dari nilai taqwa keseluruhannya. Tetapi untuk buat itu
pun bukan mudah. Bukan mudah untuk bangun sembahyang malam, berpuasa,
berzakat dan bersedekah, baca Quran dan wirid zikir. Untuk mendapat
taqwa cara lahir itu pun amat susah.
Perlu diingat, seperti yang diterangkan sebelum ini bahwa 90% usaha
taqwa yang tersirat yang bersifat maknawiyah dan rohaniah, itu lagi
susah untuk diperolehi. Bukan senang hendak takut dengan Tuhan. Itu
soal rohaniah. Ia bersifat rasa. Bukan senang hendak cinta Tuhan. Ia
juga soal rohaniah. Lebih senang untuk kita cinta anak isteri dari
cinta Tuhan. Bukan senang untuk rasa bertuhan. Bukan senang untuk
bawa rasa bertuhan ke mana-mana. Bukan senang hendak bawa rasa
bertuhan kalau tidak dididik dari tadika lagi. Kecualilah bagi
orang yang Tuhan hendak anugerahkan rasa bertuhan itu. Tetapi berapa
banyak orang yang begitu?
Bukan senang hendak terasa hebatnya Tuhan dan rasa diri kita tidak
berguna.
Waktu sembahyang, untuk hati kita tersentuh dengan apa yang kita baca
sehingga bergelombang hati kita tidaklah mudah. Bila disebut Allahu
Akbar, ada sejenis rasa, bila disebut Alhamdulillah, ada satu rasa
lagi. Berbagai ayat yang kita baca, berubah-ubah rasa kita. Ini bukan
mudah. Soal lafaz lain. Soal rasa pula lain. Sedangkan 10% taqwa itu
dari ibadah lahir manakala 90% adalah dari ibadah batiniah yang
seperti ini yang ada rasa.
Tidak salah jadi orang kaya tetapi bukan mudah untuk tidak cinta harta
dan kekayaan kita itu. Padahal Tuhan benarkan kita jadi kaya, hanya
Tuhan tidak benarkan kita mencintai kekayaan kita itu. Mudahkah untuk
rasa malu dan rasa tidak layak? Sepatutnya bila dapat jawatan, kita
rasa malu dan menangis karena rasa tidak layak dan takut kita akan
lupa diri dan tidak pandai bersyukur. Kerana kita tahu bahawa
hakikatnya, jawatan itu dari Tuhan. Tetapi sebaliknya kita rasa bangga
dan rasa jadi tuan.
Kalaulah Tuhan hendak jadikan kita baik atau berilmu atau kaya, itu
semua hak Tuhan. Tetapi kita dilarang lupa diri dan rasa diri kita
baik atau berilmu atau kaya. Sepatutnya kita rasa malu dan tidak layak
untuk semua itu.
Katalah orang beri kita sebuah kereta Mercedes. Adakah depan orang
yang memberi itu kita akan menunjuk-nunjuk dengan rasa megah, sombong
dan santai-santai? Kalau kita rasa tidak layak, kita akan rasa malu,
rendah diri dan tidak tentu arah di depan orang yang memberi itu.
Sebab itulah agama ini mesti bermula dari tadika. Dan hendak mendapat
perasaan itu mestilah dari didikan sejak kecil. Bahkan kalau
betul-betul hendak dapat taqwa, mesti sejak dalam kandungan ibu lagi.
Ibu ayah mesti bertaqwa sebab perangai ibu dan ayah memberi kesan
kepada anak dari waktu belum lahir lagi.
Dalam mengusahakan taqwa ini, yang luar kena buat tetapi prioritynya
ialah yang dalam. Jadi mengamalkan amalan Islam dengan tujuan hendak
menjadi orang bertaqwa, yang lahir 10% saja, yang dalam 90%. Yang luar
walaupun hebat, kalau yang dalam tidak ada, kita akan masuk Neraka
sekiranya Tuhan tidak ampunkan kita.
Kalau Tuhan hendak menolong kita atas dasar lahiriah, Tuhan akan
tolong sebatas 10% saja. Tetapi atas dasar batiniah, 90%. Tetapi yang
kita lihat, dalam hendak membangunkan ekonomi contohnya, soal lahir
kita jaga sangat tetapi soal taqwa kita tidak jaga. Kita bermesyuarat
dan kita usahakan macam mana hendak cari duit untuk buat modal, macam
mana hendak cari dan latih tenaga dan sebagainya. Katalah yang lahir
ini kita memang mahir dan bijak tetapi ianya hanya 10% saja dari
bantuan Tuhan. Sebab di situ bukan line orang Islam. Itu line untuk
orang kafir.
Orang kafir ada skim lain untuk dapat bantuan. Kalau dia usahakan
maksimumnya yang lahir, dia akan dapat 90%. Tetapi bagi orang Islam
yang lahir Tuhan peruntukkan 10% saja. Itu kalau tidak dicabar dan
digugat oleh Jepun, Yahudi, Korea , Amerika dan lain-lain. Kalau
dicabar, mungkin tinggal 1% saja.
Kita ada gelanggang sendiri yang tidak diperolehi oleh orang kafir.
Gelanggang orang kafir, kita dapat 10% tetapi gelanggang kita 1 % pun
orang kafir tidak dapat. Dari gelanggan kita, kita bisa dapat lagi 90%
iaitu dengan kita bertaqwa. Kala kita tahu hal ini, kita bisa cabar
orang kafir. Sebab itu apabila Rasulullah berjaya menanam yang luar
dan yang batin pada para Sahabat yang asalnya hanya tahu menternak
kambing dan tidak tahu membaca, dalam waktu 23 tahun saja Islam jadi
empayar. Kalau Rasulullah ada di waktu ini, mungkin dalam tempoh setahun
saja, Islam bisa jadi empayar.
Rasulullah mengambil waktu tiga belas tahun di Mekah untuk menanam
iman dan taqwa di hati para Sahabat. Selama sepuluh tahun kemudian,
barulah baginda memulakan pembangun negara Islam kecil yakni Madinah.
Dibangunkan madrasah yang menjadi kilang untuk mengeluarkan para
ilmuan yang bertaqwa sebagai penyambung dan pelapis perjuangan.
Dibangun ekonomi dengan membuka pasar Ansar yang diuruskan oleh
Sayidina Abdul Rahman bin Auf. Begitulah perjuangan itu
berkembang dan terus membesar hingga akhirnya tiga perempat dunia
menyerah diri kepada Islam. Semua itu bertolak dari taqwa.
Itulah cara perjuangan Islam yang dibuat oleh Rasulullah Dan itulah
satu-satunya cara yang benar dan tepat. Kenapa tidak ingin mencontohinya?
Kenapa kita ada pandangan lain yang menyimpang dari apa yang dibuat
oleh Rasulullah?

Subscribe to:
Comments (Atom)