Salam Perjuangannansuci.
Hampir 3 bulan blog ni sunyi tanpa berita. Pertamanya krn kehilangan laptop semasa hantar anak ke HUKM. Dalam waktu yg sama kelemahan diri ini juga merupakan faktor penting gak. Maklumlah jiwa yang belum mantap ni apabila ada ujian maka "tertewas" juga. Namun Allah masih memberi peluaang untuk diri ini teruskan perjuanganansuci kerana keredhaan Allah merupakan tujuan utama hidup ini.
Alhamdulillah, beberapa kemelut dalam Gerakan Islam terungkailah sudah. Lega rasanya hati ini. Kita ditarbiyah agar terima arahan pimpinan. so pesan saya pada semua ahli2 Gerakan Islam agar dapat mematuhi arahan pimpinan walaupun mungkin ianya bertentangan dgn pendapat kita.
Manik Urai akan menjadi titik tolak bahawa Gerakan Islam PAS boleh mencalonkan sesiap sahaja sebagai calon asalkan Keredhaan Allah yang kita cari. Sumbangan kita kepada masyarakat akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yg kita lakukan. Kita tingkatkan munajat pada Allah agar kemenangan di dunia & akhirat akan menjadi milik kita. Amin. Takbir ALLAHU AKBAR.
Monday, July 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment