Salam Tarbiyah & Salam Perjuangan untuk semua Ahli Gerakan Islam.
Sebenarnya ana baru saje nak mula belajar2 membuat blog. So sebarang kekurangan harap dimaafi & mendapat keampunan & Redha Ilahi. JazakalLahu Kathira kepada ananda Husnaa yang membantu walid dalam kerja-kerja Jamaah & moga mendapat Rahmat Ilahi serta menjadi anak yang solehah. Amin.
Sebagai Pembuka bicara, Semalam pada 22 Feb 09, PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS ) Kawasan Hulu Langat ( HL )telah menghantar seramai 12 orang peserta ke Program Tamrin Nuqaba peringkat Negeri Selangor. Moga Allah merahmati & terus mengnugerahkan Hidayah kepada sahabat-sahabat yang banyak telah membantu ana dalam kerja-kerja Tarbiyah di HL ini. Terutama Hj. Othman, Hj Wan Yunus, Hj Isa, Sdr Hamid, Ust. Musa, Sdr Al hafiz. Tidak lupa kepada wakil DPPKHL yang diketuai oleh Sdr Mat Shah, Sdr Borhan dan saudara Anas. Tidak ketinggalan kepada wakil DPPKHL iaitu Ustzh. Halimah Zaharah & ustzh.
Begitulah adat orang berjuang. Dah memerintah Negeri Selangor pun masih lagi diuji dengan gangguan dari musuh-musuh Allah yang berselindung di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Segala persiapan yang telah dibuat semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja. Tak pelah asalkan amanah Allah terlaksana. Kita tak perlu marahkan musuh-musuh Allah tu kerana memang kerja mereka begitu. Lupakanlah ...
Menariknya Program Tamrin Nuqaba kali ini berjaya mengumpulkan lebih daripafa 200 peserta. Makananpun tak cukup & terpaksa urusetia mencari kat luar. Tahniah Lujnah Tarbiyah DMPNS kerana telah mengerahkan seluruh tentera DMPNS turun dalam program ini termasuk Ketuanya Hjh Wan hasrina. Malahan bilangan Muslimat mengatasi kehadiran Muslimin. Cuma wakil DPPNS tak nampak sangat. Mungkin banyak program kot.
Amat menarik penjelasan daripada Ust Yusainie yang menyatakan kalau hanya berpolitik tetapi meninggalkan Tarbiyah (khususnya Usrah ) maka CACATLAH Ahli Gerakan Islam itu. Begitu juga sekiranya hanya bertarbiyah dan meninggalkan Politik maka CACAT jugalah Ahli Gerakan Islam itu. So, pastikan semua ahli2 Gerakan Islam agar teruskan agenda perjuangan kita dengan mengabungkan unsur-unsur Tarbiyah, Dakwah & Politik secara serentak. Ingat bahawa PAS bukan parti politik semata-mata. Penerangan tentang Ciri-ciri Naqib yang berkaliber ( mendapat petunjuk Ilahi ) begitu mantap & dapat hidup dalam jiwa para Daei. Penulis cuba untuk download pada masa akan datang untuk tatapan para pembaca sekalian.
Salah seorang pembentang kerja begitu sebak & menangis tatkala teringatkan kerja-kerja Tarbiyah yang masih belum selesai & lebih-lebih lagi Tarbiyah untuk anak-anak kita para remaja yang terbiar. Jelas terbayang di wajahnya kesedihan yang amat sangat dan menyentuh hati sanubari para peserta. Sekiranya kita masih & terus lalai dengan kerja-kerja Tarbiyah ini sudah pasti hancurlah masa depan umat Islam tanpa pembelaan yang wajar.
Rasanya penulis bhenti sekejap sebab masa sekarang untuk anak-anak yang kecil tu nak jalan2 kejap. Lagipun nak berbuka puasa bersama anak2 & isteri yang turut berpuasa pada hari ini. Semuanya merupakan satu proses pentarbiyahan dari Allah moga kami semua termasuk di kalangan hambaNya yang diredhai di dunia & di akhirat.
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment