Monday, February 23, 2009

Program Tarbiyah _ Febuary 09

Salam Tarbiyah & Salam Perjuangan.

Program Tarbiyah pada minggu ini.
1. Usrah Qiadi/Pimpinan PKHL Tarikh 25 Feb 09 Isyak bersama di rumah YB Dr. Che Rosli B. Che Mat. Topic perbincangan Hadis ke 18 ( YDP ), Risalah & Iktibar Hunain ( TYDP @ NYDP ) dan Bahtera Penyelamat m/s 35-37 oleh saudara Zulkifli. Moga kalian yang telah diamanahkan bersedia & ajk lain diminta study sikit agar dapat dibuat rumusan yang lebih bermakna untuk kita sebagai ahli dalam Gerakan Islam. Tahniah kepada YB Dr. Che Rosli yang begitu Komited dalam semua program Tarbiyah. Moga Allah merahmati & meredhai segala usaha YB serta Allah mengampunkan dosa-dosa YB. Dalam suasana yang agak sibuk namun YB tak pernah missed dalam program Tarbiyah sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan Usrah, Kuliah Haraki & meminpin sendiri Program Qiamulail adalah membuktikan yang YB telah dianugerahkan "Kemanisan Imam" dalam perjuangan Islam ini.

2. Qiamulail ke 4 di masjid Sg sekamat pada 1 Mac 2009 jam 4.30 pagi. Mula dengan Solat tasbih ( pimpinan YB ) dan akan di selangseli dengan Solat Tahajjud, solat Hajat & Solat Taubat dan zikir munajat pimpinan Ust Musa. Selepas solat Subuh maka akan diadakan Kuliah Subuh. Semoga Allah memilih kita utk bersama2 berqiamulai pada masa tersebut.

No comments:

Post a Comment